Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Foto HAZROL ZAINAL, 01 NOVEMBER 2022.

IPOH – Shahril Sufian Hamdan meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkuatkuasa hari ini.

Tindakan itu diambil berikutan kekalahan terburuk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang berlangsung semalam.

Menurut Shahril, beliau mengambil langkah itu atas semangat memikul ‘tanggungjawab bersama’ berikutan kekalahan teruk parti itu.

Serentak itu, atas semangat yang sama beliau meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk melakukan tindakan yang sama.

Beliau berkata, Ahmad Zahid perlu berundur secara terhormat bagi menunjukkan contoh pemimpin yang baik kepada ahli dan rakyat.

“Saya sependapat dengan YAB Menteri Besar Johor. Iaitu, tanpa mengurangkan hormat kepada beliau sebagai individu, saya berpandangan bahawa pemimpin nombor satu Presiden UMNO dan Pengerusi BN perlu memaparkan contoh dengan memimpin proses mengambil tanggungjawab kekalahan ini – berundur secara terhormat.

“Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini.

“Atas semangat “collective responsibility” itu, saya juga meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya. Cuma, ini soal maslahat yang jauh lebih besar,” katanya.

Pada PRU semalam Sahrir tewas di Parlimen Alor Gajah manakala Ahmad Zahid menang dengan majoriti tipis 348 undi. Parti itu hanya berjaya memperoleh 30 kerusi Parlimen.

Shahril pemimpin muda kedua UMNO selepas Datuk Onn Hafiz yang mendesak supaya Ahmad Zahid bertanggungjawab terhadap kekalahan itu dengan meminta beliau meletakkan jawatan.

Menteri Besar Johor itu berkata, Ahmad Zahid perlu berjiwa besar meletakkan jawatan utama itu sebagaimana dilakukan Datuk Seri Najib Razak pada 2018.

Jelasnya, tindakan berjiwa besar ini akan membantu UMNO mengambil langkah pertama untuk memulihkan dan menguatkan kembali parti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. insaflah jika kamu berpecah belah TERIMALAH AKIBATNYA….kembalilah pada jalan ALLAH untuk muafakat bersatu.

    WAHAI umat melayu UMNO terimalah hakikat KESOMBONGAN BURUK AKHLAK PEMIMPIN KAMU telah memakan diri kamu YANG.pernah Labelkan para PARTI LEBAI makan DUA KOLAM…PADAHAL MEREKA ingin memimpin kearah penyatuan ummah membuang yg keruh mengambil yang jernih LAKSANA bayi yang baru dilahirkan seperti kain putih

    PARTI LEBAI dizalimi PULUHAN TAHUN pelbagai rupa sekatan /buang daerah dipecat/tukar serta merta malahan ada yang dibunuh MEMALI…tetapi DEMI ALLAH untuk kembali silaturahim LUPAKAN SEGALA PERISTIWA HITAM

    lupakah UMNO yg kecundang PRU14….LEBAI2 inilah hulurkan tangan serban mereka dari kamu lemas dalam kolam.KITA mencipta kemenangan bersama 7 prk dan MENGWUJUDKAN MUAFAKAT NASIONAL…TETAPI UMNO MASIH EGO DAN BERDENDAM pada BERSATU Selepas PRN MELAKA DAN JOHOR atas alasan KHIANAT. malahan memberi 3 SYARAT untuk PARTI lebai BERSAMA UMNO
    BERSATU bukan KHIANAT tetapi mereka BERHIJRAH dari usus dan kepompong KEMUNGKARAN pimpinan////MAKA INSAFLAH SEMUA…hANYA KERAJAAN ALLAH YANG KEKAL ABADI

Comments are closed.