najmil faiz mohamed aris
Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – UMNO akhirnya menjadi korban akibat tindakan pemimpin yang menjadikan parti sebagai tebusan, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Datuk Seri Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, apa yang menyedihkan ialah segala kebaikan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seolah-olah tidak bermakna di mata rakyat.

Jelas beliau, ini kerana rakyat tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pemimpin yang rakus dan ego.

“Ke mana hala tuju kita selepas ini? Jajaran Baharu? Bila lain pandangan, kita dituduh pengkhianat.

“Sudah-sudahlah mendukung “biawak hidup”. Liabiliti kepada parti ini perlu disingkirkan,” tulisnya di Facebook miliknya di sini hari ini.

Najmil Faiz turut meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab ke atas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN).

“Baik-baik jadi kerajaan sibuk desak nak PRU-15 dan ditambah dengan strategi yang lagi menjahanamkan lagi kawasan putih BN.

“Terimalah hakikat rakyat tidak suka pada Presiden UMNO. Pentaksub masih tidak mahu menerima kenyataan ini.

“Berundurlah wahai Presiden UMNO Zahid Hamid dengan bermaruah supaya tiada ruang untuk kerjasama UMNO dan PH.

“Semoga Allah SWT lindungi UMNO dan kita semua,” tulisnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast