Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Walaupun Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15, ia mesti kembali menyusun barisan meneruskan pertempuran di enam negeri pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun depan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mencadangkan sementara menunggu Pilihan Raya Umum Ke-16, Khairy Jamaluddin wajar diberi peluang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Khairy boleh dijadikan poster boy calon Menteri Besar Negeri Sembilan.

”Ayuh BN, bangkit dan susun balik barisan,” katanya.

Khairy yang menjadi sandaran BN di kerusi Sungai Buloh kalah kepada calon PH, Datuk R. Ramanan apabila memperoleh 48,250 undi.

Ramanan menang kerusi itu dengan majoriti 2,693 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Ghazali Md Hamin memperoleh 29,060 undi; Mohd Akmal Yusoff (GTA – 829 undi); Ahmad Jufliz Faiza (PRM – 279 undi); dan dua calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff (165 undi), serta Nurhaslinda Basri (113 undi). – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast