Saarani Mohamad

IPOH – Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dijadual menghadap Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta hari ini.

Menurut sumber, Saarani yang merupakan Menteri Besar Perak pada penggal Pilihan Raya Umum ke-14 akan menghadap baginda pada pukul 12 tengah hari.

Kerajaan Negeri Perak masih belum dapat dibentuk berikutan tiga gabungan parti yang bertanding iaitu Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional tidak mempunyai majoriti mudah.

Keputusan Pilihan Raya Umum Sabtu lalu menyaksikan tidak ada mana-mana parti mendapat majoriti sekurang-kurangnya 30 kerusi daripada 59 Dewan undangan Negeri (DUN).

Perikatan Nasional yang didominasi parti Bersatu dan Pas mendapat 26 kerusi.

Manakala Pakatan Harapan hasil kerjasama DAP, PKR dan Amanah memperoleh 24 kerusi dan Barisan Nasional  pula hanya mempunyai sembilan kerusi DUN. РMalaysiaGazette