Suasana Mesyuarat Dewan Pimpinan Tinggi BN hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri mengesahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk kekal menjadi pembangkang.

Jelas beliau, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk Kerajaan Pusat.

”Alhamdulillah, Dewan Tertinggi Barisan Nasional telah buat keputusan bahawa kita tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan,” katanya dalam ciapan beliau.

Tegasnya, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.