Jalaluddin Alias. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 10 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Kesemua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang hadir pada mesyuarat Dewan Tertinggi hari ini tidak menandatangani Akuan Berkanun (SD).

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang mengesahkan perkara itu berkata, semua Ahli Parlimen bersolidariti untuk tidak cenderung kepada mana-mana pihak, sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

“Kita sudah buat keputusan. Tidak ada sebarang SD yang ditandatangani.

“Kita semua 30 Ahli Parlimen BN sepakat bersolidariti dengan sangat bagus,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum meninggalkan Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini

Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan akan dijelaskan menerusi kenyataan yang akan dikeluarkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agungnya, Datuk Zambry Kadir.

“BN akan mengeluarkan kenyataan. Biarkan SU BN keluarkan kenyataan. Biarkan Presiden atau SU Agung buat keputusan,” tambah beliau.

Terdahulu katanya, mesyuarat yang bermula pada 11 pagi tadi berlangsung dalam mood yang tenang. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Alhamdulillah…..ini keputusan terbaik buat masa ini… kemungkinan besar TS Muhyidin yang akan naik

Comments are closed.