Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus dicapai dalam kerjasama pembentukan Kerajaan Persekutuan, adalah lebih baik Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau juga sudah bersedia untuk menjadi pembangkang.

Ahli Parlimen Sembrong itu menambah, apa juga terjadi, beliau tetap setia bersama UMNO selama-lamanya.

Malah, beliau berikrar akan bekerja keras demi memulihkan UMNO dan BN bersama rakan-rakan lain.

Semalam, Hishamuddin menegaskan beliau bersedia berdepan tindakan dipecat daripada parti itu kerana pendiriannya jelas tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). – MalaysiaGazette