KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, keputusan untuk tidak berpihak sama ada kepada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (BN) dibuat secara satu pasukan.
Beliau berkata, tidak ada cadangan nama Perdana Menteri yang dinamakan semasa mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diadakan pagi tadi.
“Nama tidak ada. Kita tidak ada mencadangkan. Tidak ada side (berpihak mana-mana parti).
“Kami tidak buat apa-apa keputusan. Apa juga kami kena sepakat, kami satu pasukan,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.
Terdahulu, perkara yang sama disuarakan Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi hantarannya di Facebook. -MalaysiaGazette