Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian gempa bumi di daerah Cianjur, Jawa Barat, Indonesia.

Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku pada jam 1.21 petang waktu semalam, kira-kira 110 km dari Jakarta.

Setakat ini, gempa bumi tersebut mengakibatkan kehilangan nyawa seramai 162 orang serta jumlah kerosakan infrastruktur yang tinggi.

Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan Konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui nombor talian +62 21 5224947 (Pertanyaan umum), +62 813 8081 3036 (Urusan kecemasan selepas waktu Pejabat) atau emel [email protected] – MalaysiaGazette