gambar hiasan

KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan calon daripada parti Pas untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Tioman.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Nor Idayu Hashim yang dinamakan sebagai calon itu berasal dari Jengka,  berusia 35 tahun.

“Saya telah menerima surat daripada Pesuruhjaya Pas negeri Pahang YB Ustaz Rosli bin Abdul Jabar mengenai calon yang dimaksudkan.

“Calon yang dipilih ialah Puan Nor Idayu binti Hashim, 35 tahun. Beliau dipilih dari kalangan pimpinan akar umbi bagi mewakili suara wanita di dalam DUN Pahang.

“Beliau juga seorang muslimat di kalangan pemimpin wanita tempatan dan orang muda yang berupaya menyelami isi hati akar umbi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nor Idayu menggantikan Md Yunus Ramli yang meninggal meninggal dunia pada 19 November lalu, beberapa jam sebelum pengundian PRU15 berlangsung.

Susulan kematian Yunus, PRU bagi DUN Rompin ditangguhkan.

Nor Idayu merupakan Ketua Muslimat Pas Cawangan Pianggu, Ketua Lajnah penerangan dan media bahari selain menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Rompin.

Penamaan calon PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember manakala pilihan raya pada 7 Disember. – MalaysiaGazette