Najib Razak

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dalam dilema kerana diheret dalam pertikaian pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.

Pentadbir Facebook Najib Razak berkata, menang salah, kalah pun salah.

Pilih Pakatan Harapan (PH), penyokong Perikatan Nasional (PN) salahkan BN.

Jika pilih PN, penyokong PH salahkan BN, katanya.

Andai BN tak pilih sesiapa, seluruh rakyat salahkan BN sebab tiada kerajaan.

”Buat ini, salah. Buat itu, salah. Tak buat apa-apa, lagi salah.

”Lambat buat, pun salah,” ujarnya.

Namun, katanya, andai BN pilih PH, langgar ketetapan parti “No Anwar, No DAP”.

Jika BN pilih PN, langgar ketetapan parti “No Bersatu” pula.

“Satu pilihan yang susah dan rumit bagi BN pada ketika ini,” tambahnya lagi sambil mengharapkan akan ada penyelesaian bagi kemelut ini dalam masa paling terdekat.

Namun, menurut pentadbir Facebook Najib, mujur Najib tiada lagi.

Jika tidak, ianya juga salah Najib. – MalaysiaGazette