Kenderaan yang membawa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir tiba bagi menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi pembentukan kerajaan ketika di Pintu Utama Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 10.30 pagi tadi dijangka berlangsung kira-kira dua jam.

Perbincangan khas itu bertujuan mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan baharu dan pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Ini kerana Parlimen masih tergantung berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila tiada satu blok politik memperoleh majoriti mudah pada 19 November lalu.

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar tiba di Istana Negera pada jam 9.40 pagi dan disusuli Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 10.24 pagi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tiba pada jam 10.31 pagi diikuti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menaiki kenderaan berwarna hitam pada jam 10.47 pagi.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah tiba pada jam 10.53 pagi; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (10.54 pagi) dan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (10.55 pagi). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast