Zaid Ibrahim Bersatu Pas UMNO PRN Najib
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Selepas gagal mencapai kata sepakat antara Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PH) dalam membentuk kerajaan, maka urusan seterusnya wajar diserahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berpandangan, kedua pihak itu perlu diberi peluang untuk mencari jalanan penyelesaian bagi menubuhkan kerajaan baharu sesegera mungkin.

“Pada saya, Tuanku tidak perlu menitah mengadap 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya menimbulkan lagi masalah.

“Yang penting sekarang ialah serahkan kepada Tuanku Agong dan Ahmad Zahid yang mewakili 29 Ahli Parlimen lagi. Dia Presiden UMNO, dia Pengerusi BN, dia tahu apa yang dia nak buat.

“Kalau ada yang tidak setuju dan ugut nak keluar UMNO, biarlah mereka keluar. Mereka nak pergi ke mana, Pas atau Bersatu? Saya yakin dua parti ini tak akan terima mereka,” katanya menerusi rakaman video yang dimuatnaik dalam Faceboonya, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bahawa 30 Ahli Parlimen BN telah mengadap Tuanku Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, semalam.

Namun, UMNO meminta perjumpaan itu ditangguhkan sehingga petang ini.

Menurut Zaid, mereka hanya saja-saja hendak menggugut, sebenarnya tidak berani kerana tiada pilihan selain bermain politik dengan UMNO. – MalaysiaGazette