KUALA LUMPUR – Keputusan UMNO untuk menyertai Kerajaan Perpaduan atau apa-apa bentuk yang lain dibuat demi negara dengan mengambil nasihat Yang di-Pertuan Agong.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, UMNO tolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) kerana gabungan itu menolak Kerajaan Perpaduan.
Malah, Gabungan Parti Sarawak turut akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong.
Oleh itu, MIC dan MCA mesti terima kenyataan itu.
Jelas Puad, mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung sejam semalam menyaksikan semua pemimpin yang hadir bercakap kerana parti ini amat serius dan demokratik berhubung isu yang pembentukan Kerajaan Persekutuan.
“Akhirnya keputusan dibuat secara konsensus,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Tambah beliau, penubuhan Kerajaan Perak dan Pahang adalah ‘clue’ terbaik.
Puad berkata, UMNO akan berjumpa dengan akar umbi dan rakyat untuk memberi penjelasan.
”Ayuh rakyat Malaysia. Moving forward dan buka buku baru,” ujar beliau. – MalaysiaGazette