KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Johor juga mengumumkan hari Ahad, 27 November 2022 sebagai cuti peristiwa selepas JDT mara ke final Piala Malaysia 2022, Sabtu ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cuti itu bagi menghargai sokongan padu yang sentiasa diberi oleh rakyat Johor serta penyokong tegar skuad Harimau Selatan.

”Tahniah JDT yang telah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 pada Sabtu ini, 26 November 2022. Sama-sama kita ramai-ramai hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok bagi terus memberi sokongan padu kepada pasukan JDT!

”Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor yang telah memberi perkenan bagi meraikan kejayaan ini. Menjunjung Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor yang menjadi inspirasi kepada Orang Muda Johor dan sentiasa memberi sokongan kepada atlet-atlet kita,” katanya dalam perkongsian di Facebook.

JDT akan bertemu denga Selangor FC dalam final Piala Malaysia pada jam 9 malam, Sabtu ini. – MalaysiaGazette