Perikatan Nasional
Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menawarkan gabungan parti itu menyertai kerajaan Persekutuan namun menegaskan pendirian tidak akan berbuat demikian.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan semangat mahu menyuburkan demokrasi serta melaksanakan peranan sembang dan imbang dalam Parlimen Malaysia.

“Perikatan Nasional akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen serta memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah selaran dengan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil,” kata Muhyiddin dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, demi memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, PN bersedia merintis kerjasama yang lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang.

Artikel terkini:

Terdahulu Pas yang bernaung di bawah PN mengeluarkan kenyataan mempertimbangkan tawaran kerajaan pimpinan Anwar, namun mahu berbincang dengan komponen PN sebelum membuat sebarang keputusan.

Dengan kenyataan terkini Muhyiddin bermakna, semua komponen PN tidak akan menyertai kerajaan Persekutuan dan berperanan sebagai pembangkang. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bagus.. Cuba lagi PRU 16. Sementara tunggu 5 tahun tu jadilah pembangkang yang menyumbang bukannya pembangang yang sumbang.

Comments are closed.