asyraf wajdi dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pas diyakini boleh memainkan peranan sebagai pembangkang yang efektif untuk semak dan imbang kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, sistem Demokrasi yang berorientasikan rakyat hanya boleh beroperasi dengan berkesan jika wujud pembangkang yang kuat.

”Insya-Allah, berlainan ideologi parti tidak pernah mungkin boleh meleraikan ikatan ukhuwwah dan memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam,” katanya.

Malah, menurut AsyrafMuafakat Nasional masih boleh diperkasakan dengan lebih telus dan tulus bukan lagi bersandarkan perkiraan untung rugi mencatur kuasa politik.

Asyraf mengulas keputusan Pas yang mengesahkan tidak akan menyertai kerajaan perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif bersama Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan membuat kenyataan itu selepas parti itu memaklumkan akan membincangkan tawaran menyertai kerajaan perpaduan bersama rakan komponen PN.

Kenyataan itu senada dengan kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan, gabungan parti politik itu akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen dengan membawa suara rakyat selaras prinsip demokrasi berparlimen. – MalaysiaGazette

Pas sah jadi pembangkang, tidak sertai Kerajaan Perpaduan