PUTRAJAYA – Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik Sabtu lalu mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di sini hari ini.
Mesyuarat yang berlangsung di Putra Perdana itu turut dihadiri pegawai dari jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus antara yang hadir.
Mesyuarat yang turut dihadiri pegawai-pegawai daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perangkaan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bermula pukul 11 pagi.
Satu sidang media dijangka diadakan selepas mesyuarat itu selesai.-MalaysiaGazatte