Hew Kuan Yew

KUALA LUMPUR – Hew Kuan Yew yang ditahan polis kerana mengutarakan kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum dalam ceramah politik DAP telah dibebaskan pada 26 November.

Kuan Yew yang menerima gelaran “Superman” turut mengumumkan untuk berundur dari platform ceramah rapat umum dalam satu hantaran media sosial.

Kata Kuan Yew, dia telah membantu perubahan kerajaan dan selesai melaksanakan tanggungjawab bersejarah.

Lanjutan daripadanya, Kuan Yew akan kembali kepada “dunia sendiri” termasuk meluangkan masa untuk membaca komik dan buku,  bertinju serta mengumpul koleksi barang permainan.

Kuan Yew juga dipetik China Press sebagai berkata, semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan pembukaan pertandingan Piala Dunia, dia merayakan detik itu dalam keadaan berpakaian baju banduan di lokap kerana ditahan selama empat hari dan tiga malam.

“Terima kasih kerana mengambil berat tentang saya. Pada masa depan, tidak kisah jika orang ramai mengingati saya atau melupakan saya,” katanya.