Surat yang kononnya daripada BN ini tersebar di media sosial.

KUALA LUMPUR – Tular sepucuk surat kononnya daripada Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berhubung cadangan lima ahli Parlimen parti itu dilantik menteri kabinet Kerajaan Perpaduan adalah palsu.

Surat itu tersebar dengan menyatakan Pimpinan Tertinggi BN bersetuju menamakan Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri manakala lima lagi ahli Parlimen sebagai menteri Kabinet.

Lima ahli Parlimen itu ialah Mohamad Hassan dilantik jawatan kedua sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Kewangan), Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pelajaran) dan Datuk Mohamad Alamin (Menteri Kerja Raya).

BN hari ini memaklumkan surat itu adalah palsu dan amat kesal dengan fitnah berkenaan. – MalaysiaGazette