BATU PAHAT – MCA menghormati cadangan Yang di-Pertuan Agong mengenai kerajaan perpaduan, tetapi parti itu belum berbincang sama ada akan menyertai kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Organisasi MCA, Ling Thian Soon berkata, memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, maka beliau dijangka masih memerlukan masa untuk membentuk barisan kerajaan dan Kabinet.
“Pada masa ini Perdana Menteri perlu berjumpa dengan anggota dalam kerajaan perpaduan terlebih dahulu sebelum MCA dapat berbincang tentang hal ini,” katanya ketika dihubungi Oriental Daily.
Ditanya sama ada MCA akan menyertai Barisan Kabinet sekiranya dijemput oleh kerajaan perpaduan, Thian Soon berkata, masih terlalu awal untuk membincangkan hal itu.
“MCA akan mengadakan perhimpunan agung mengikut jadual pada 18 Disember bulan depan.
“Semestinya pusat akan membincangkan hal-hal berkenaan kerajaan sebelum mesyuarat agung tahunan, maka presiden MCA akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai,” katanya.