Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kerusi Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin bertindak biadap apabila menggelar Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Kerajaan Zina’.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, kenyataan sangat tidak patut kerana pengisytiharan Anwar sebagai Perdana Menteri dibuat Yang di-Pertuan Agong selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Raja-raja Melayu di Istana Negara pada minggu lalu.

“Azman Nasrudin sangat biadab panggil #KerajaanYDPA ini “Kerajaan Zina”. Dia mesti pulangkan pingat Sultan Kedah, henti guna gelaran Datuk.

“Satu penghinaan kepada Sultan Kedah yang hadir Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu berkait pelantikan PM10. Azman mesti disiasat,” ciap beliau di Twitter hari ini.

Azman yang mewakili PN di Padang Serai pada Ahad lalu yakin akan ada isyarat jelas penolakan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang disifatkannya sebagai ‘Kerajaan Zina’. – MalaysiaGazette