Foto Goal.com

KUALA LUMPUR – Bola rasmi yang digunakan dalam setiap perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar dikatakan buatan Indonesia.

Menurut laporan Kompas, bola rasmi itu yang dinamakan Al Rihla itu dibuat di sebuah kilang di daerah Madiun dalam wilayah Jawa Timur iaitu PT Global Way.

Al Rihla yang bermaksud ‘perjalanan’ dalam bahasa Arab dihasilkan dengan kerjasama Adidas.

PT Global Way merupakan pengilang barangan sukan tempatan negara itu yang dibuka pada tahun 2019 dan kini mempunyai lebih 2,000 pekerja.

Syarikat tersebut juga bekerjasama dengan Puma, UHLsport dan Mizuno untuk menghasilkan peralatan sukan yang dieksport ke seluruh dunia.

Satu juta cenderahati bola sepak dibuat di kilang itu dan seterusnya dihantar ke Brazil, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman serta UAE sebagai sebahagian daripada sambutan Piala Dunia.

Selain didakwa sebagai bola terpantas di udara berbanding bola lain dalam edisi Piala Dunia sebelum ini, Adidas memberitahu, Al Rihla mempunyai ketepatan terbaik dan menyokong permainan pantas dalam sukan bola sepak moden.

Sebanyak 20 panel disertakan di dalam sebiji bola itu bagi membantu meningkatkan aerodinamik dan ia didakwa mampu membantu pemain meningkatkan ketepatan hantaran, percubaan dan melencongkannya.

Al Rihla juga diperbuat daripada dakwat dan gam berasaskan air yang pertama untuk model bola Piala Dunia dan pelancaran bola menandakan permulaan jelajah global Adidas untuk membantu meningkatkan akses dan ekuiti untuk komuniti bola sepak tempatan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, media antarabangsa mendakwa bola yang digunakan dalam perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar adalah buatan Pakistan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast