KUALA LUMPUR – Al-Ikhsan Sports mensasarkan untuk membuka 100 cawangan dalam masa tiga tahun akan datang.

Menurutnya, syarikat itu akan membuka dua dua lagi outlet sebelum berakhirnya 2022 iaitu di Farenheit88, Bukit Bintang dan Kemaman, Terengganu sebagai pelan jangka masa pendek.

Terbaharu hari ini, Al-Ikhsan Sports membuka kedai yang ke 170 di Balok, Kuantan, Pahang.

Katanya, pembukaan strategik ini adalah bertujuan bagi memudahkan pelanggan di kawasan tersebut mendapatkan barangan mampu milik di kedai Al-Ikhsan Sports.

Al-Ikhsan Sports turut melihat pembukaan ini sebagai satu peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan selain membantu merancakkan ekonomi negara.

Selain kedai-kedai fizikal, di seluruh semenanjung Malaysia, syarikat peruncit barangan nombor satu Malaysia itu turut memenuhi kehendak pelanggan melalui laman e-dagang rasmi: www.al-ikhsan.com.my serta beberapa e-dagang yang lain seperti Shopee.

Istimewanya, Al-Ikhsan Sports memperkenalkan sebuah servis “Chat & Shop” yang membenarkan pelanggan untuk memesan barangan Al-Ikhsan Sports secara langsung daripada kedai yang berhampiran dengan mereka. – MalaysiaGazette