Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Menurut sumber, bekas perdana menteri itu akan membuat rawatan susulan selepas diberi rawatan pada 23 September lalu.

“Iya, beliau dibawa ke HKL.

“Cuma rawatan susulan, kali ini mungkin dua atau tiga hari,” kata sumber tersebut kepada Malaysia Gazette.

Pada awal September lalu, Najib melakukan perjalanan keluar masuk penjara bagi mendapatkan rawatan di HKL dan Hospital Rehabilitasi Cheras selepas mengalami ulser perut.

Sehingga kini Jabatan Penjara serta HKL masih belum memberikan kenyataan berhubung hal ini. – MalaysiaGazette