Keadaan treler yang terpelosok dalam tanah runtuh di Lebuh Raya BR-376 di Brazil. Foto BNNBrazil

RIO DE JANEIRO – Tanah runtuh yang berlaku di lebuh raya dekat selatan Brazil menyebabkan sekurang-kurangnya 30 hingga 50 orang hilang, kata kerajaan negeri Parana lewat Rabu.

Runtuhan lumpur jatuh di lebuh raya BR-376 berikutan hujan lebat dan menimbus 16 kenderaan.

Enam orang telah diselamatkan tetapi anggota bomba juga telah menemui dua mayat, kata pihak berkuasa, sambil menambah bahawa jumlah sebenar mangsa masih belum dapat ditentukan.

Penduduk di Brazil kini kebimbangan akan berlaku lebih banyak tanah runtuh selepas perkhidmatan meteorologi meramalkan hujan lebat di beberapa negeri. – Agensi