resignation resign Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. Perikatan Nasional PN majority support Muhyiddin face mask MP Members of Parliament MPs
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Tan Sri Azhar Azizan Harun mengesahkan akan mengosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang 19 Disember ini.

Menurutnya, Parlimen yang bakal bersidang akan dikendalikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat sebelum speaker baharu dilantik.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan, saya perlu mengosongkan kerusi pada tengah malam 18 Disember. Jadi tiada speaker sebelum dewan bersidang jam 10 pagi keesokan harinya,” katanya memetik laporan The Star.

Jelas Azhar Azizan, Setiausaha Dewan Rakyat akan terlebih dahulu memanggil ahli Parlimen untuk bersidang sebelum proses pemilihan Speaker baharu dibuat.

“Jika ada satu nama yang dicadangkan, setiausaha akan umumkan speaker dan jika ada lebih daripada seorang calon, undian akan dibuat,” katanya.

Menurut beliau, nama calon Speaker perlu dikemukakan kepada Dewan Rakyat selewat-lewatnya Isnin ini selaras dengan keperluan notis 14 hari.

Sebaik sahaja dipilih, semua ahli Parlimen akan mengangkat sumpah di hadapan Speaker baharu sebelum mempengerusikan pelantikan timbalan speaker.

“Undian juga akan diadakan sekiranya lebih daripada satu nama dicadangkan untuk jawatan timbalan Speaker,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Parlimen akan bersidang pada 19 Disember depan.

Azhar yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada Julai 2020.- MalaysiaGazette