Petugas kesihatan sibuk melakukan penyelidikan sampel ujian saringan Covid-19 yang dihantar ke makmal ketika di Institut Bioteknologi Perubatan Molekul, Hospital Universiti Teknologi MARA (UITM), Sungai Buloh. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,576 kes baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini setakat semalam, menjadikan jumlah terkumpul 4,963,448.

Manakala tiga kes kematian direkodkan dalam tempoh sama.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian terkumpula sejak Mac 20220 kepada 36,716.

Data KKMNOW menunjukkan sejumlah 21,800 kes aktif dilaporkan dalam tempoh itu dengan 20,198 menjalani kuarantin di rumah.

Manakala 1,504 dirawat di hospital dengan 98 kes ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 69 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula sebanyak 2,278. – MalaysiaGazette