Shahrir Samad Majlis Peguam SPRM LHDN
Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta menyatakan secara terbuka identiti 42 Ahli Parlimen yang memberi akuan bersumpah (SD) menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, Muhyiddin perlu berbuat demikian memandangkan beliau masih belum dapat menerima kesudahan yang berlaku.

“Bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun pun tidak mampu menolong apabila ketua-ketua parti yang muktamadkan sokongan ahli-ahli parti mereka masing-masing.

“Berkias macam mana pun, kesudahannya tidak ada kepada PN. Setakat 73 Ahli Parlimen tak cukup kuat. Move on and try again,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengulas mengenai rakaman video yang tular berhubung dakwaan Muhyiddin bahawa seramai 115 Ahli Parlimen menyokongnya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu masih membangkitkan isu tersebut walaupun Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. slogan BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT….dengan KAKI RASUAH KLUSTER MAHKAMAH GILA KUASA MUNAFIK DAN PECAH AMANAH

Comments are closed.