Jaring keselamatan dipasang pada struktur bangunan kondominium Astroria di Ampang Jaya bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin. Foto Facebook MPAJ

KUALA LUMPUR – Pemaju Kondominium Astroria di Jalan Ampang diarah meningkatkan tahap keselamatan di tapak pembinaan sebagai langkah menjaga keselamatan orang awam.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) juga mahu mahu pemaju berkenaan menyelesaikan isu jaring keselamatan, perancah (scaffolding) termasuk kemudahan awam dalam tempoh tiga bulan.

“Semoga tindakan ini dapat menyelesaikan isu di tapak dan mengurangkan kegusaran pemilik unit di Kondominium Astroria,” kata pihak berkuasa tempatan itu menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, MPAJ mengadakan lawatan ke ke tapak pembinaan kondominium Astroria di Ampang Jaya, selain bertemu wakil pemaju badan pengurusan bersama (JMB) dan arkitek bagi membincangkan langkah meningkatkan keselamatan di lokasi berkenaan.

Jaring keselamatan turut dipasang pada struktur bangunan kondominium Astroria bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin. – MalaysiaGazette