Steven Koh bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika kempen PRU15 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pulau Pinang minta pihak tertentu terutama ahli politik Pakatan Harapan (PH) berhenti menyerang parti itu dengan isu judi dan arak.

Ahlinya, Steven Koh menegaskan, sebagai masyarakat Cina, beliau faham dengan ketegasan Pas mengawal arak dan judi.

“Memang ada perkara yang Pas tegas dalam perjuangannya seperti mengawal aktiviti arak dan judi kerana semua ini perkara yang memudaratkan.

“Bagaimanapun, dalam ketegasan itu, Pas tidak pernah mengekang hak kebebasan agama lain.

“Ada perbezaan besar antara kawal dan haramkan, tetapi ramai musuh Islam memanipulasi isu ini,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau terpanggil untuk memuatnaik status itu kerana ramai ahli politik dari PH cuba mengaitkan Pas dengan dana dari syarikat perjudian ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bila kerajaan minoriti menggunakan pihak polis untuk menyiasat sehingga berjam2 terhadap Hj Hadi dan menggunakan SPRM terhadap Muhyiddin dalam usaha menyekang mereka dari terus bersuara adalah sesuatu perkara yg tidak boleh diterima sama sekali. Apakah demokrasi sudah mati dibawah kerajaan minoriti ini?

  2. malunya bila kaum CINA sokong ketegasan PAS dalam ISU JUDI DAN ARAK

    Melayu UMNONGOK DN P AKATAN hancing berlumba2 keluarkan persepsi FITNAH2 dan KEMUNAFIKAN

Comments are closed.