Pengarah Urusan Palm Fiber Sdn Bhd , Mohd Suhaidi Jaapar dan isteri Norazwa Mustapha merakam kenangan selepas menerima Anugerah Enterprise E50, 2022 anjuran SME Corp dan Deloitte Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kelapa sawit kekal sebagai tanaman komoditi  yang ditanam secara meluas di negara ini dan beberapa negara Asia Tenggara bagi tujuan mendapatkan minyaknya.

Hasil kajian menggunakan teknologi moden daripada dibiarkan reput selepas ditebang.

Serat daripada batang kelapa sawit juga mempunyai kepelbagaian gunaan dan dijadikan makanan tambahan serta bahan campuran produk bukan makanan.

Penemuan inovasi dalam pemprosesan batang sawit tersebut dilakukan oleh syarikat Palm Fiber yang beroperasi di Sri Kembangan Selangor.

Hasil kejayaan tersebut syarikat telah terpilih antara pemenang dalam majlis Anugerah Enterprise E50 2022 anjuran bersama SME Corp dan Deloitte Malaysia, baru-baru ini.

Palm Fiber menerima anugerah tempat keempat daripada  50 peserta peringkat akhir.

Sejumlah 213 penyertaan  diterima tahun ini tetapi hanya  syarikat yang mempunyai penarafan empat dan lima bintang dibawah Program Penilaian Penarafan Daya Saing PKS layak menyertainya.

Palm Fiber menerima anugerah tempat keempat daripada  50 peserta peringkat akhir.

Sejumlah 213 penyertaan  diterima tahun ini tetapi hanya  syarikat yang mempunyai penarafan empat dan lima bintang dibawah Program Penilaian Penarafan Daya Saing PKS layak menyertainya.

Pengarah Palm Fiber, Norazwa Mustapha dan suaminya selaku Pengarah Urusan  Mohd Suhaidi Bin Jaapar berkata, anugerah tersebut sangat memberi nilai kepada mereka yang sebelum ini mendapat tempat ke-40 pada majlis anugerah yang sama tahun 2019.

“Walaupun tidak meraih tempat pertama kerana pihaknya tidak pernah berhenti untuk memajukan diri dalam perniagaan.

“Penyertaan sebelum ini kami jadikan pemangkin dan pembakar semangat dan tidak sangka membuahkan hasil dalam tempoh dua tahun dan ami berjaya meraih tempat ke empat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Norazwa menambah,  sejak awal penubuhan syarikat, mereka  bertekad untuk bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa sebagai dorongan motivasi kepada diri sendiri dan kakitangan.

“Kami bekerjasama dalam pasukan dan selepas mendapat tempat ke-40 dua tahun lalu, perbincangan dan strategi diatur mengikut jadual  dengan semangat juang yang tinggi.

“Kami yakin mampu menggapai kejayaan, segala usaha digandakan secara berterusan seperti mana syarikat lain yang berjaya kerana mereka tidak pernah berhenti memajukan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Suhaidi menjelaskan,  penyelidikan inovasi terhadap batang kelapa sawit dimulakan sejak tahun 2014 apabila pihaknya mengambil tanggungjawab menghasilkan produk hiliran.

“Umum mengetahui pokok sawit di negara ini popular untuk mendapatkan buahnya bagi menghasilkan minyak namun sangat sedikit kajian terhadap kelebihan batangnya.

“Justeru kami menjalankan penyelidikan dan berkolaborasi dengan  pihak Fakulti Bioproses Kejuruteraan (Foberg) Universiti Teknologi MMalaysia (UTM) Skudai,Johor yang diketuai penyelidik Dr. Ida Idayu Muhammad,” ujarnya.

Beliau yang juga berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan UTM mengakui, apa yang dilakukan selain mengembangkan perniagaan dalam masa yang sama demi kelestarian alam.

Katanya, penghasilan produk hiliran berasaskan batang kelapa sawit  saat ini memberi banyak manfaat.

“Sebagai pengeluar produk yang berasaskan serat daripada  batang pokok kelapa sawit atau dikenali sebagai Oil Palm Trunk Fibre (OPTF)  syarikat menghasilkan produk berasaskan kandungan serat yang tinggi bagi kategori makanan tambahan.

“Serat batang pokok kelapa sawit diproses dalam bentuk serbuk teh dan dijadikan  minuman yang mengandungi kadar tinggi serat  untuk penjagaan usus dan  sistem pencernaan yang baik,” ujarnya.

Sementara itu, Anugerah Enterprise E50 2022 dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad, Pengerusi SME Corporation Malaysia,  Datuk Seri Syed Hussein Al-Habshee dan Ketua Eksekutif Deloitte Malaysia,  Yee Wing Peng. – MalaysiaGazette