KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bertindak adil jika mahu menyelesaikan masalah rakyat dan berani menghapuskan monopoli syarikat gergasi lain.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, adalah tidak adil Anwar hanya menyasarkan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary seorang sahaja dalam mengurangkan tindakan memonopoli barangan di Malaysia.
“PM10 perlu berani menghapuskan monopoli konglomerat lain. Kartel monopoli barangan binaan, telco, gula, tepung gandum, industri sawit dan pelbagai lagi.
“Mereka ini juga sebenarnya yang perlu dijadikan target. Saya bukannya menggunakan racial card di sini tapi berlakulah adil dan rasional,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.
Najmil Faiz yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu menambah, rakyat kini akan menilai sama Anwar berani untuk mengambil tindakan sama ke atas 10 taikun teratas di negara ini.
“Kita tengok sama ada PM10 DSAI berani atau tidak mengambil tindakan sama pada taikun-taikun Top-10 ini seperti mana PM10 kena tekanan pada TS Syed Mokhtar,” katanya. – MalaysiaGazette
kau jangan tinggi sangat suara tu, ketua bahagian boleh kena pecat, exco lagi mudah hendak kena pecat. Anguk-anguk sahaja apa PM nak buat, dia sudah buat mesyuarat dengan kabinet umno dulu sebelum keluar kenyataan.