Judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali 1MDB SRC International conflict of interest Najib Razak
Mohd Nazlan Mohd Ghazali

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu mesti menyelesaikan siasatan kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, kes itu tidak boleh disenyapkan begitu sahaja.

Lagipun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, siasatan kes membabitkan hakim ini sudah lama selesai dan menunggu arahan Peguam Negara.

”Apatah lagi kertas siasatan Hakim Nazlan juga bocor. Tidak ada pihak yang tampil menafikan kesahihannya.

”Tidak seperti biasa,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tegas Mohd Puad, apabila semua pihak mendiamkan diri, tiada tindak susulan, tiada penafian, apatah lagi tiada pendakwaan, ia sebenarnya berlaku campur tangan dalaman mahkamah.

”Ada benda yang mahu disorokkan. Itu sebab kes Najib dan Zahid Hamidi dianggap sebagai pendakwaan terpilih.

”Semoga kerajaan baru segerakan pendakwaan Hakim Nazlan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.