JOHOR BAHRU – Pas Johor akan melancarkan Kempen Pas Pilihanku-JDT bulan depan yang menyasarkan 5,000 ahli baharu di seluruh negeri dalam tempoh enam bulan ini.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kempen bermula Oktober ini hingga Mac 2027 sebagai satu inisiatif penambahan keahlian baharu Pas Johor.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor berkata, kempen itu terbuka kepada seluruh rakyat di negeri itu tanpa mengira bangsa dan agama yang berminat mengenali, menyertai serta bersama-sama parti melalui saluran keahlian disediakan.

“Kempen Pas Pilihanku-JDT bukan sekadar kempen menambah jumlah keahlian tetapi merupakan usaha memperluas ruang penglibatan masyarakat dalam gerak kerja dan aktiviti Pas di negeri Johor.

“Bagi memastikan kempen ini dapat dilaksanakan secara tersusun dan menyeluruh, satu Jawatankuasa Khas Kempen Pas Pilihanku-JDT diwujudkan dengan penglibatan pelbagai agensi dan entiti dalam Pas.

“Penglibatan ini turut merangkumi Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) yang merupakan wadah Ahli Bersekutu Pas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti dan gerak kerja sudah dirancang sepanjang tempoh kempen, antaranya karnival yang dijangka bermula November ini.

Turut diadakan booth Pas Pilihanku di pelbagai lokasi dan program; Kempen Keluargaku Ahli Pas dan Program penerangan dan pendekatan masyarakat.

Selain itu turut diadakan aktiviti keahlian di peringkat Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kawasan serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang akan dilaksana sepanjang tempoh kempen.

Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan kempen dan pendaftaran keahlian, hotline Pas Pilihanku-JDT Negeri Johor diwujudkan menerusi talian 017-226 5960.

Hotline kempen turut diwujudkan di setiap 26 kawasan Parlimen di Johor bagi memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat dan berhubung terus dengan petugas kempen di kawasan masing-masing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here