SINGAPURA – Dalam keadaan marah selepas bergaduh dengan isterinya, seorang lelaki melemparkan basikal seberat 25 kilogram ke bawah dari tingkat 14.
Akibat daripada perbuatan itu, Mohammad Noor Iszuan Noordin, 26, dijatuhi hukuman penjara sebulan atas kesalahan itu.
Dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan perbuatan terburu-buru yang membahayakan keselamatan orang lain.
Mahkamah diberitahu Noor Iszuan bertengkar dengan isterinya pada petang 23 Januari 2021 di flat Choa Chu Kang Crescent.
Mereka bertengkar tentang pakaian untuk resepsi perkahwinan yang akan datang diadakan.
Selepas bergaduh, Noor Iszuan meluru keluar dari flatnya dan melihat basikalnya diletakkan di luar.
Dalam keadaan marah, dia mengambil basikal itu lalu melemparkannya, lapor CNA.
Seorang orang awam menghubungi polis tidak lama kemudian, mengatakan seseorang telah melemparkan basikal ke bawah.
Semasa siasatan polis, pada awalnya Noor Iszuan menafikan sebarang penglibatan dan berbohong kepada penyiasat.
Pendakwa raya meminta tertuduh dipenjara enam minggu berkata, fakta bahawa basikal itu dicampak dari tingkat 14 meningkatkan potensi bahaya yang mungkin berlaku.
Kesalahan itu juga dilakukan pada masa trafik pejalan kaki agak tinggi kerana kejadian berlaku pada jam 7.15 malam.
Beliau berkata Noor telah didiagnosis dengan fungsi intelek sempadan.
Peguam bela Anand Nalachandran meminta tertuduh dipenjara dua minggu kerana kejadian itu berlaku hasil “tindak balas emosi” dan dia sedar dia tidak sepatutnya melakukannya.
Menjawab pendapat pendakwa raya bahawa Noor tidak memeriksa sama ada orang yang lalu lalang sebelum membuang basikal itu ke bawah, peguam itu berkata jika Noor memeriksa sebelum membaling basikal itu, ia lebih teruk.
“Fakta yang dia tidak periksa adalah agak konsisten dengan fakta bahawa ini adalah ledakan emosi,” katanya.
Bagi perbuatan terburu-buru yang membahayakan keselamatan diri orang lain, Noor Iszuan boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S2,500, atau kedua-duanya sekali. – Agensi