“Memandangkan kos sara hidup yang masih tinggi dan tekanan inflasi, pelarasan itu mungkin akan dilakukan secara beransur-ansur,” katanya dalam nota penyeldikan bertajuk ‘Global Economics and Market Strategy’, hari ini.
Bank pelaburan itu juga berkata potensi semakan semula peruntukan perbelanjaan pembangunan mungkin boleh dilakukan terutamanya bagi projek baharu dan sedia ada yang masih belum memulakan proses tender.
Mengimbas kembali, Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion telah dibentangkan pada 7 Oktober 2022, di mana RM272.3 bilion telah diperuntukkan untuk opex dan RM95.0 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Bagaimanapun, bajet itu tidak dibahaskan kerana Parlimen dibubarkan tiga hari kemudian, pada 10 Oktober untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 Novenber 2022.
“Saya berpandangan bahawa kebanyakannya boleh diterima,” kata Perdana Menteri.
Melangkah ke 2023, RHB IB berkat,a ia optimistik tetapi berhati-hati mengenai unjuran ekonomi negara dan telah mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2023 sebanyak 4.5 peratus tahun ke tahun kerana ia menjangkakan pertumbuhan itu disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.
Ia juga mengekalkan unjuran inflasi indeks harga pengguna untuk 2023 pada tiga peratus tahun ke tahun, didorong oleh momentum pertumbuhan ekonomi, prospek subsidi bahan api dan pergerakan harga komoditi.
Bank pelaburan itu telah mengekalkan julat unjuran Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0-3.5 peratus untuk 2023, disokong oleh faktor seperti ekonomi domestik yang kukuh, tekanan inflasi yang berdaya tahan serta subsidi bahan api. – BERNAMA