Wan Ahmad Fayhsal ADUN Ijok gimik politik puad zarkashi MPN demokrasi UMNO nor salwani Kerajaan Perpaduan Kit Siang Rafizi ringgit SPRM
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memperjelaskan tentang butiran perbelanjaan dana Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beliau difahamkan, MPN yang dahulu dipengerusikan oleh Muhyiddin menerima dana beratus juta ringgit daripada peruntukan Perdana Menteri ketika itu.

“Persoalannya ke mana duit itu dibelanjakan? Adakah dibelanjakan untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sahaja?

“Semoga Muhyiddin tampil perjelaskan. Elok juga Audit Negara buat pendedahan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau menambah, sekiranya dakwaan itu benar, ia mungkin menjadi sebab mengapa kewujudan MPN tidak berkesan.

Mohd. Puad turut mendakwa, MPN cuma membazirkan duit rakyat dan menjadi alat politik.

“Ini belum cerita pasal RM92 bilion. Mengejutkan,” katanya. – MalaysiaGazette