SHAH ALAM – Semua tempat perkelahan dan perkhemahan di Selangor diarah tutup selama tujuh hari mulai esok.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor malam ini, arahan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haris Kasim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri.

Terdahulu, media melaporkan seramai 21 orang disahkan meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Batang Kali setakat 7.10 malam ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyarankan agar semua tapak perkhemahan berhampiran cerun bukit atau tepi sungai dikosongkan sementara susulan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast