Pasukan APM Kelantan menziarahi Wan Masturah Wan Ahmad Sabri, 22 tahun selamat melahirkan bayi perempuan di hospital.

KOTA BHARU – Seorang mangsa banjir yang diselamatkan pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selamat bersalin secara normal pada petang semalam.

Wan Masturah Wan Ahmad Sabri, 22, melahirkan bayi perempuan seberat 3 kilogram (kg) pada jam 7.27 petang.

Wanita itu dipindahkan pasukan APM Kelantan frmham menggunakan bot laju dari Kampung Temalir, Kuala Krai.

Semalam tular video berdurasi 19 saat memaparkan anggota penyelamat bersama pasukan perubatan termasuk dua orang jururawat mengharung air deras untuk menyelamatkan seorang wanita yang sarat mengandung.

Video itu mendapat maklum balas yang positif daripada netizen serta 6,178 tanda suka di aplikasi Tik Tok. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast