KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Cameron Highands Ramli Mohd Nor kembali terpilih sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia selepas mendapat 148 undian.
Turut dipilih Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng yang juga mendapat 146 undi.
Nama kedua-dua mereka dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sementara itu Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang dicalonkan oleh Perikatan Nasional mendapat 74 undi.
Nama Mas Ermieyati dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan disokong oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim.-MalaysiaGazette