Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Negara merekodkan jangkitan baharu Covid-19 sebanyak 721 semalam berbanding 847 kes pada hari sebelumnya. sekali gus menjadikan kes terkumpul sebanyak 4,980,090.

Sebanyak dua kes kematian direkodkan dalam tempoh sama.

Pertambahan itu menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 36,808 sejak Mac 2020.

Data KKMNOW menunjukkan sebanyak 15,541 kes aktif dengan 14,812 menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 685 kes dirawat di hospital dengan 44 kes ditempatkan di unit rawatan rapi hospital.

Daripada jumlah itu 23 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula 914. – MalaysiaGazette