nepotisme anwar
Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin harus membaca buku karangan Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk ‘Qazaf Mangsa Fitnah’.

Saranan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Setiausaha Agung Bersatu itu dalam Dewan Rakyat semalam membangkitkan isu tuduhan amalan homoseksual yang kononnya dilaporkan oleh sebuah media asing.

Anwar berkata, Ahli Parlimen Larut itu secara tidak bertanggungjawab dan licikk telah membuat kenyataan yang bersifat fitnah dan menyerang peribadi.

“Tentunya dia belum dapat tarbiah daripada Marang yang pernah menulis tentang Kazaf, saya syor buku itu dibaca oleh Ketua Pembangkang,” kata Anwar dalam Dewan Rakyat hari ini.

Memetik kata-kata pengarang terkenal William Shakespeare, Presiden PKR itu berkata, kesabaran adalah penting dalam berhadapan kenyataan yang dibuat oleh seorang yang bodoh.

“Mengikut Shakespeare ‘tale told by an idiot, full of sound and fury, signifying nothing’ jadi kita kena sabar kerana semua kenyataan-kenyataan itu tidak bertanggungjawab

“Saya beri contoh upamanya Ketua Pembangkang yang bekerja selama hampir 25 tahun mencerca, menfitnah konpirasi, menyerang peribadi menimbulkan fitnah dan diteruskan dengan cara yang begitu licik,” kata Anwar.

Semalam dalam Dewan Rakyat, Hamzah meminta Anwar menyaman media Eropah, yang telah menerbitkan artikel mengenai pelantikannya sebagai perdana menteri dengan menggelarnya sebagai “homoseksual sepenuhnya” (full-blown homosexual).

Hamzah berkata, ia jelas adalah satu penghinaan kepada Anwar, dan dia mesti mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Beliau berkata Anwar sebelum ini telah disabitkan “mengenai perkara itu”, merujuk kepada sabitan kesalahan liwat sebelum ini, tetapi mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.-MalaysiaGazette