Trak polis sedang bersedia di kawasan tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali.

BATANG KALI – Bomba menerusi seorang lagi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini, pagi ini.

Mangsa didpercayai seorang lelaki dewasa.

Pertemuan ini menjadikan jumlah korban yang ditemui sehingga saat ini adalah 26 orang.

Menurut bomba, mangsa ditemui jam 11.16 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi.

Mangsa ditemui di Sektor B (Darm view) berbeza dengan penemuan kanak-kanak perempuan lewat malam tadi di Sektor C.

Dengan penemuan itu, ia menjadikan jumlah mangsa yang masih belum ditemukan sebanyak tujuh orang. – MalaysiaGazette