Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintendan Suffian Abdullah bercakap pada sidang media mengenai keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 22 DISEMBER 2022.

BATANG KALI – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm Batang Kali, di sini, dihentikan sementara waktu pada petang ini berikutan hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pasukan keselamatan menghentikan operasi itu kira-kira jam sekitar 4.30 petang.

“Kalau lihat operasi SAR kita hari ini telah dihentikan buat seketika pada jam 2.30 petang tadi akibat hujan. Kemudian ia telah disambung semua kira-kira sejam kemudian selepas hujan berhenti.

“Bagaimanapun, kami terpaksa menangguhkan semula operasi SAR sekali lagi selepas hujan turun dengan lebat kali ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah beliau, operasi hanya akan disambung semula sekiranya hujan lebat berhenti dan cuaca kembali normal.

Menurut Suffian, beliau perlu mengutamakan aspek keselamatan petugas SAR bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku. -MalaysiaGazette