Mangsa yang terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki berjaya ditemui di kejadian tanah runtuh FatherÕs Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 DISEMBER 2022.

BATANG KALI – Selepas sembilan hari mencari, akhirnya mangsa terakhir tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dipercayai sudah ditemui.

Media yang berkampung sejak awal pagi tadi terdengar suara-suara anggota yang terlibat dalam operasi ini menyebut ‘alhamdulillah’.

Trak polis membawa mayat g terakhir dipercayai kejadian tanah runtuh FatherÕs Organic Farm, Batang Kali ke Hospital Sungai Buloh. Foto AFFAN FAUZI, 24 DISEMBER 2022.

Ketika berita ini ditulis, difahamkan mayat kanak-kanak itu sedang dibawa naik dari lokasi.

Mayat mangsa terakhir itu ditemui jam 4.50 petang di kawasan pencarian di Sektor A iaitu kawasan berbukit.

Jenazah kanak-kanak lelaki itu sudah pun dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk proses selanjutnya.

Keadaan terkini operasi mencarai mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di FatherÕs Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 DISEMBE

Dalam cuaca terik, pasukan keselamatan yang terlibat melakukan misi mencari tanpa henti sejak jam 7.30 pagi dengan bantuan 10 anjing pengesan dan sembilan jengkaut.

Tragedi runtuhan yang berlaku pada awal pagi 16 Disember lalu telah meragut 30 nyawa, manakala 61 selamat dengan berbaki seorang lagi masih hilang iaitu kanak-kanak lelaki.

Seramai 92 mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan. – MalaysiaGazette