KUALA LUMPUR – Nombor telefon peribadi milik Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah disalahguna oleh ‘scammer’.

Menerusi Twitter, Fahmi memaklumkan perkara tersebut dengan memberitahu, pihak tidak bertanggungjawab itu telah memasukkan nombor telefonnya dalam sebuah grup Whatsapp tanpa kebenaran daripadanya.

Bagaimanapun katanya, beliau telah dikeluarkan daripada grup berkenaan selepas memaklumkan telah menyalurkan maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan salah laku itu.

“Scammer masukkan saya dalam group WhatsApp scam.

“Bila saya kata dah alert PDRM & SKMM, saya kena kick (dibuang),” ciapnya di laman sosial itu, hari ini.

Pada masa sama, Fahmi yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mengingatkan orang ramai agar segera menghubungi talian Pusat Respon Scam Kebangsaan ditalian 997 jika mereka turut menjadi mangsa seumpama itu. – MalaysiaGazette