Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Mustahil Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berasa gentar untuk menghadapi apa-apa cabaran dalam pemilihan parti.

Malah Ahmad Zahid pasti akan mempertahan dan melindungi asas demokrasi dalam UMNO, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ledang, Nadhirah Afiqah.

“Cadangan agar jawatan utama terutamanya presiden tidak dipertandingkan juga dilihat memperlekehkan kebolehan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam mempertahankan jawatan yang disandangnya kini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nadhirah, jika sebelum ini alasan penangguhan pemilihan adalah disebabkan tidak mahu berlaku perpecahan menjelang PRU15, justeru usai pilihan raya umum seharusnya proses demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO  dihormati dan dipatuhi.

“Sebagai pemimpin yang bijaksana, Presiden UMNO telah berjaya memastikan UMNO terus berada dalam kerajaan walaupun hanya memenangi 26 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Malah sebagai pemimpin dengan darah pahlawan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga telah berjaya mendapatkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri yang pernah disandang beliau sebelum ini,” ujarnya.

Sebelum ini ada ura-ura bahawa suatu usul akan dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 agar beberapa jawatan utama dalam UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada tahun hadapan.

Kenyataan serupa juga telah disuarakan oleh beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian terutamanya bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Menurut Nadhirah, kenyataan yang dikeluarkan ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu tindakan membodek kepimpinan tertinggi UMNO dan ternyata bukanlah pendirian lebih tiga juta ahli parti di seluruh negara.

Majoriti ahli, katanya, mahu melihat demokrasi di dalam UMNO dihidup dan disuburkan semula selepas penangguhan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan sebelum ini bagi memberi laluan kepada PRU15. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sebagai pemimpin yang bijaksana, Presiden UMNO telah berjaya memastikan UMNO terus berada dalam kerajaan walaupun hanya memenangi 26 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

    MASIH ADA YANG SAYANG DAN PERCAYA GOLONGAN MUNAFIK DALAM UMNONGOK

    pejuang UMNO 1946 berbeza dengan pejuang UMNO sekarang yang mengejar Jawatan Pangkat kuasa projek dan AMALAN RASUAHHHH tidak kira dari pintu depan pintu belakang atauTebuk atap yang dikutuk oleh mereka sekarang terkena Batang Hidung SENDIRI

Comments are closed.