Gambar yang dimuat naik pengguna Twitter @laniske menunjukkan Dr Zaliha berbual dengan pesakit di HTAR, semalam.

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa membuat lawatan mengejut ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Selangor, malam tadi.

Kehadiran beliau sempat dirakam orang awam yang berada di situ dan dikongsikan di laman media sosial.

Menerusi Twitter, pemilik akaun @ansaleya memuat naik gambar Dr Zaliha sedang berbual dengan seorang pesakit di ruangan menunggu.

“Ok dah check (periksa), memang Menteri Kesihatan dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah malam tadi.

“Siapa je perasan kalau datang mengejut macam pesakit juga? Patut la dia macam tanya beberapa orang.

“Macam tidak ada orang sedar itu Menteri Kesihatan,” ciapnya di laman sosial itu.

Pemerhatian di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen memuji tindakan Dr Zaliha yang prihatin dengan keselesaan rakyat dan sanggup turun padang untuk mendengar sendiri keluhan pesakit.

“Setuju sangat menteri kita sendiri jenguk turun macam ini lagi-lagi pada waktu puncak. Hospital kerajaan memang banyak isu yang kritikal,” kata Laniske.

Semakan terkini mendapati ciapan tersebut mendapat lebih 5,000 tanda suka, dan dikongsi sebanyak 2,798. – MalaysiaGazette