ROM – Itali menjadi negara pertama di Eropah mewajibkan penumpang udara dari China mengambil ujian Covid-19.

Menteri Kesihatan, Orazio Schillaci berkata, adalah ‘penting bagi memastikan pemantauan dan pengesanan kemungkinan varian virus itu dalam usaha melindungi penduduk Itali’.

Keputusan ujian negatif wajib diserahkan.

Seorang daripada dua penumpang yang tiba di Lapangan terbang Malpensa, Milan didapati positif Covid-19, menurut laporan agensi berita ANSA.

Ahli Majlis Kesihatan dan hal Ehwal Kebajikan Serantau untuk Wilayah Lombardy, Guido Berolaso berkata, 35 daripada 92 penumpang sebuah pesawat dari China ke Milan pada 26 Disember lalu didapati positif virus tersebut manakala 62 daripada 120 penumpang pada pesawat kedua turut didapati positif Covid-19.

Selain itu, Lapangan Terbang Malpensa dan Lapangan Terbang Flumicino di Rom akan mengaktifkan semula kemudahan ujian bagi penumpang dari China dan mereka yang disyaki dijangkiti viris itu untuk menjalani ujian Covid-19.

Baru-baru ini, China mengumumkan negara itu melonggarkan langkah-langkah pandemik, ekonomi terbesar terakhir yang memilih untuk ‘hidup bersama Covid’ selepas tiga tahun melaksanakan sekatan pergerakan, menutup sempadan dan mewajibkan kuarantin. – Agensi